Pagar Rolled Top
Pagar Rolled Top

Pagar besi Anti Climb Rolled Top ini sangat unik kerana rumah atau premis yang dipagar boleh dilihat dari luar. Ini boleh menyebabkan aktiviti di belakang pagar dapat dilihat oleh orang ramai . Ini boleh menakutkan penceroboh. Selain dari itu pagar pagar besi ini dibuat dari besi yang kuat dan kukuh, ciri ini akan memberi keselamatan tambahan kepada rumah atau premis anda.

Ciri rekaan dan binaan pagar ini dibuat untuk menghalang dari dipanjat (Anti-climb) dan menghalang dari dipotong (Anti-cutting). Adalah sangat sukar untuk berpijak atau berpegang pada pagar ini kerana strukturnya jaraingnya yang sangat rapat. Struktur ini diperkukuhkan lagi dengan bahagian atas yang bergulung.

Pagar ini semakin popular dan mendapat permintaan tinggi kerana selain dari ciri keselamatan yang tinggi, pagar yang dibuat dari besi galvanise ini tahan karat dan tidak perlukan kerja penyelengaraan.

× Whatsapp Kami