Pagar Cyclone Balora Gold Pro (Fixed Knot)
Pagar Cyclone Balora Gold Pro (Fixed Knot)

Harga bermula: RM799.00

Cyclone BALORA jenis Gold Pro adalah kategori pagar pertanian dan penternakan keluaran Balora Agro paling premium. Dengan variasi 4, 5 dan 8 kaki serta ketahanan dawai sehingga 1350 N/M², Cyclone BALORA Gold Pro diformulasi khas untuk bersifat lebih kukuh menahan rempuhan bertekanan tinggi dari haiwan ternakan liar termasuk randukan rusa. Ikatan jenis fixed knot pada pagar juga menghasilkan simpulan kukuh dan kemas yang tidak akan terkoyak atau terbuka jika dirempuh haiwan.

Closeup ilustrasi ikatan fixed knot pada pagar cyclone

Selain kekuatan pagar ini sebagai pagar keselamatan, ia juga mempunyai lapisan anti karat sehingga 230 g/M yang menjadikan dawai besi pagar tahan karat dan sesuai untuk semua cuaca. Walaupun cuaca hujan lebat atau panas terik, dawai besi cyclone BALORA Gold Pro tidak mengendur, tidak reput dan konsisten mengekalkan skruktur asal dawai besi. Teknologi anti-karat ini terbukti berkesan untuk memberi perlindungan kepada haiwan ternakan serta kebun dan ladang pengguna.

Berbanding pagar Cyclone BALORA dari kategori Silver dan Ekonomi, hanya pagar cyclone BALORA Gold Pro didatangkan dengan variasi sehingga 8 kaki dan panjang 100M. Sehingga kini, pagar cyclone BALORA Gold Pro sangat mendapat permintaan tinggi di pasaran terutamanya dalam kalangan penternak rusa kerana ciri-ciri pagar yang tinggi dan dawai melintang rapat mengelakkan rusa lompat keluar atau tersepit pada pagar.

Anggaran penggunaan pagar cyclone: -

  • 1 ekar = 5 gulung
  • 2 ekar 7 gulung
  • 3 ekar 9 gulung
  • 4 ekar 11 gulung

*Tambah 2 gulung sahaja untuk pertambahan bagi setiap ekar seterusnya

 

 

Pelanggan Cyclone BALORA Gold Pro

  • Penghantaran Cyclone BALORA Gold Pro 8 Kaki ke Lanchang, Pahang 

 

  • Pembeli Pagar Cyclone BALORA Gold Pro secara Walk-in di Kedai Balora Agro Jengka 11

 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pagar cyclone BALORA GOLD PRO, Hubungi kami di:

Facebook: Balora Agro - https://web.facebook.com/BaloraAgro1

Whatsapp:

× Whatsapp Kami