Tentang Kami

Perkhidmatan Kami

Di Balora Agro, kami sedia membantu anda. Bermula dengan memberi maklumat lengkap bagi membantu anda memilih pagar cyclone atau produk yang sesuai untuk kegunaan di kebun, atau ladang ternakan anda.

Terdapat berbagai jenama dan spesifikasi produk pagar cyclone di pasaran. Anda perlu kenal pasti jenis haiwan ternakan atau musuh kebun tanaman sebelum membuat keputusan.

Pilih pagar cyclone yang sesuai dengan haiwan yang telah anda kenal pasti. Tujuannya, supaya anda membeli pagar cyclone yang betu  sesuai dengan bajet anda.

Selain pagar, kami juga mengedar barangan keperluan pertanian dan dedak hawian. 

Siapa Kami? 

Balora Agro adalah pakar dalam pagar cyclone, Kami ada pengeluar Cyclone Balora dan mengedar cyclone buatan Australia. Kami juga ada pagar cyclone bajet. 

Lokasi perniagaan kami di Jengka, Pahang. Daerah ini adalah salah satu kawasan perladangan terbesar di Malaysia. Keluasan ladang yang sangat besar ini memerlukan pelabagi barangan, perkaksan, dan peralatan berasaskan pertanian.  

Diantara permintaan yang paling popular ialah pagar pertanian. Fokus kami ialah membekal pagar cyclone. Kami menjadi pengedar utama kepada beberapa jenama dan di Jengka, Jerantut, Maran dan Temerloh.

Bemula tahun 2020, kami telah meluaskan rangkaian pasaran dengan membekal pagar cyclone serta produk berkaitan pertanian ke negeri pantai timur, tengah dan selatan.

Pengalaman perniagaan Kumpulan Balora, lebih dari 20 tahun dalam pelbagai perniagaan, membantu kami mengembangkan perniagaan ini berpandukan falsafah; “memberi khidmat dan membekal produk berkualiti tinggi setiap masa kepada setiap pelanggan”

Team Pengurusan

Terdiri dari ahli pengurusan yang telah lama melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Berpengalaman luas dalam pelbagai bidang seperti peruncitan, trading, binaan dan perkhidmatan.

Pengalaman setiap ahli tim lebih dari 15 tahun dalam perniagaan.

Azmi Sharit

Ketua Pegawai Eksekutif

 

Mazlan Sharit

Ketua Bhg. Pengurusan & Pentadbiran

Mohd Nizam Sharit

Ketua Bhg. Pemasaran & Jualan

Mohd Rizal Sharit

Ketua Bhg. Produk & Bekal