Harga bermula: RM369 - RM529
Pagar Cyclone Balora Ekonomi adalah pagar pertanian yang menggunakan ikatan Hinged Joint pada ikatan dawainya. Bersesuaian dengan nama 'Ekonomi', harga pagar Cyclone Balora Ekonomi adalah mampu milik. Ketahanan dan kekuatan dawai Ekonomi adalah dari 700-800 Newton/m2, dengan lapisan anti-karat galvanised sehingga 60 g/m.
Bila sesuai guna Pagar Cyclone Ekonomi?
Oleh kerana pagar Cyclone Balora Ekonomi mempunyai ketahanan dan kekuatan dawai rendah, ia lebih sesuai digunakan sebagai pagar sempadan atau pagar kebun (Bukan pagar untuk ternakan ekstreme). Sekiranya kebun atau kawasan ladang berada di kawasan kurang pemusuh dan tidak memerlukan perlindungan dari rempuhan haiwan liar, pagar Cyclone Balora Ekonomi ini sudah sangat memadai sebagai pembahagi yang efisien antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain.
Terdapat 3 pilihan variasi ketinggian pagar iaitu 4 kaki, 5 kaki & 6 kaki dan dimana spesifikasi jumlah dawai melintang yang berbeza membolehkan pengguna membuat pilihan pembelian pagar mengikut keperluan kebun masing-masing.
Pelanggan Cyclone BALORA EKONOMI :
Copyright © 2021 Pagar Cyclone Malaysia.