[embed]https://www.youtube.com/watch?v=oJ4q9h4EYhs[/embed]
Mengenai BEKAERT.
Bekaert merupakan sebuah pengeluar pagar cyclone berteknologi terkini yang diasaskan di Belgium dan dikenali di lebih 100 buah negara. Dengan visi "Fencing for Life" (Pemagaran Sepanjang Hayat), pada tahun 2022, Bekaert telah bekerjasama dengan Balora Agro, syarikat pagar cyclone tempatan untuk memperkenalkan pagar cyclone premium ini ke dalam pasaran Malaysia. Tightlock Bekaert merupakan suatu nama khusus yang menjadi identiti produk pagar cyclone Bekaert di Balora Agro.
Bagi pasaran antarabangsa terutama di Amerika Syarikat, ia juga dikenali sebagai SOLIDLOCK Bekaert.
BEZINAL 2000
Teknologi yang menjadi kekuatan produk pagar Tightlock Bekaert dinamakan Bezinal 2000. Bezinal 2000 merupakan sebuah akronim daripada gabungan perkataan Bekaert, Zink dan juga Aluminium. Teknologi Bezinal 2000 menampilkan gabungan dua elemen iaitu 90% Zink dan 10% Aluminium. Gabungan ini menjadikannya unik berbanding pagar cyclone tergalvani lain yang bergantung 100% pada Zink.
Bezinal 2000 menjanjikan ketahanan terhadap kakisan minimum selama 20 tahun. Hal ini kerana, Zink dan Aluminium menjadi lapisan yang berfungsi sebagai sacrificial anode yang mampu memberikan perlindungan karat yang maksimum kepada besi keluli. Zink dan Aluminium merupakan elemen dalam Galvanic Energy Series yang akan karat terlebih dahulu berbanding elemen Steel atau besi keluli.
TIGHTLOCK BEKAERT
Terdapat beberapa saiz dan spesifikasi pagar cyclone Tightlock Bekaert yang ditawarkan di Balora Agro. Dengan 4 variasi ketinggian cyclone Tightlock Bekaert bermula daripada 4, 5,6 dan 8 kaki dan 2 pilihan panjang 50M dan 100M, Tightlock Bekaert sesuai untuk semua jenis industri kebun, penternakan dan pertanian.
Pelanggan Tightlock BEKAERT Kami
Untuk pertanyaan lanjut mengenai pagar cyclone Tightlock Bekaert, Hubungi kami di:
Facebook: Balora Agro - https://web.facebook.com/BaloraAgro1
Download Brochure Di Sini: BROCHURE BEKAERT 2022 II
Whatsapp:
Copyright © 2021 Pagar Cyclone Malaysia.