Pagar Chainlink adalah pagar yang paling ekonomi dalam pasaran. Antara pagar yang paling lama sudah berada dalam pasaran.
Ada 2 jenis pagar chainlink:-
- Dibuat dari besi galvanized
- Dibuat dari dawai besi yang disalut dengan PVC. Ada beberapa warna pagar ini di pasaran seperti hijau, biru, orange, hitam dan lain-lain
Ketebalan dawai antara 2.0 - 3.95mm, tinggi antara 3 - 15 kaki. Saiz lubang antara 2 - 3 inci.
Pagar Chainlink boleh digunakan untuk pagar keliling rumah, pagar kebun, kandang ternakan, tepi lebuh raya, gelanggang tenis, gelanggang futsal, padang bola, taman rekreasi, kawasan perumahan, kawasan industri dan lain-lain. Juga selalu digunakan untuk pagar sementara.
Anda boleh dapatkan pagar ini di kedai-kedai hardware atau pertanian. Anda juga boleh membeli dengan mudah dikedai atas talian. Boleh check dan order, sila klik disini.