Ramai yang masih keliru dengan istilah pagar cyclone. Ada pelbagai nama dan jenama dalam pasaran. Sekali tengok macam sama sahaja. Tahukan anda apakah perbezaanya?
Sebelum kita melihat jenis-jenis pagar cyclone. Elok kita faham sedikit, apa itu pagar cyclone.
Apa itu pagar cyclone?
Secara fizikal, pagar cyclone dibuat dari dawai besi yang di galvanised. Disambung antara dawai melintang dan menegak menggunakan teknik sambungan tertentu. Ia juga dikenali sebagai fabricated atau prefabricate fencing.
Jenis dawai, saiz dan jarak antara dawai, ditentukan oleh pengilang mengikut spesifikasi tertentu.
3 jenis pagar cyclone
Secara ringkas terdapat 3 jenis pagar cyclone dalam pasaran.
Pagar cyclone dikenali atau dinamakan mengikut teknik sambungan atau simpulan. Terdapat 3 jenis simpulan pagar cyclone dalam pasaran seperti berikut: –
- Twinlock (buatan New Zealand) /Hinged Joint (Australia/China/Malaysia)
- Tightlock (buatan New Zealand) /Fixed Knot (buatan/Australia/China/Malaysia)
- Twistlock (buatan New Zealand) /Square Knot (Australia)
Nama teknik simpulan ini dinamakan berbeza-beza oleh pihak pengeluar. Sebagai pengguna, anda hanya perlu tahu teknik atau jenis sambungan kerana ini akan menentukan perbezaan kekuatan, ketahanan dan harga pagar cyclone anda.
Cara lain, anda boleh kenali pagar cyclone mengikut negara pengeluar. Berikut adalah negara pengeluar pagar cyclone dan teknik simpulan yang digunakan.
Pagar Cyclone New Zealand (Fabricated Fence)
Cyclone New Zealand dikeluarkan semenjak tahun 1903. Dinamakan sebagai “fabricated fencing” oleh pengeluar. Di pasaran, secara umum, semua pagar dalam kategori ini dikenali dengan pagar cyclone.
Cyclone New Zealand dikenali dalam pasaran seperti berikut: –
- Twinlock
- Twistlock
- Tightlock
Pagar Southern Wire Australia (Prefabricated Wire Fencing)
Diikeluarkan oleh Southern Wire, Australia (SWA) juga dikenali sebagai Prefabricated Wire Fencing.
Produk Southern Wire juga dikenali dalam pasaran dengan: –
- Hinged Joint
- Fixed Knot (teknik simpulan), Griplock (jenama pasaran)
- Square Joint (teknik simpulan), Fastlock (jenama pasaran)
Produk SWA yang popular dalam pasaran Malaysia dalam kategori pagar kebun adalah Fixed Knot (Griplock) dan Fastlock (Square Joint)
Pagar cyclone (Fabricated Fence) buatan China/ Malaysia
Selain dari New Zealand dan Australia, produk pagar cyclone (Fabricated Fence) juga ada dikeluarkan di Malaysia dan China.
Terdapat 2 jenis teknik simpulan yang popular dikeluarkan seperti berikut: –
Hinged Joint
Fixed Knot
Kelebihan produk buatan Malaysia atau China ini menawarkan harga dan kualiti yang sangat kompetatif.
Secara relatifnya, produk dalam kategori ini agak baru. Oleh itu, tidak ada jenama yang mendominasi pasaran. Anda boleh dapat banyak maklumat tentang pagar cyclone di website ini – klik disini
Terdapat banyak pengimport dan pengedar menjual produk kategori ini. Antaranya ialah Balora Agro
Jika perlu bercakap dengan orang yang boleh membantu, sila: –
wasap.my/+60139990088
wasap.my/+60139990088