Energiser (Ibu Karan)

Tahukan anda alat yang paling penting dan perlu diberi perhatian bila memasang pagar elektrik? 

 

Alat ini umpama jantung kepada manusia atau engin kepada kereta. Sebab itulah, ianya perlu diberi perhatian teliti semasa merancang dan memasang pagar anda – ia dipanggil ibu karan atau Energiser.

 

Energiser atau ibu karan bertindak sebagai alat mengalirkan arus elektrik melalui wayar. Tenaga elektrik boleh dibekalkan dari bekalan tetap seperti dari rumah AC (240V), bateri dan solar panel. 

 

4 Faktor pilih Energiser

Berikut adalah panduan cara pilih energiser untuk kebun anda:

 

  • Panjang pagar (ukur lilit pagar)
  • Bilangan lapisan wayar
  • Bekalan kuasa
  • Jenis haiwan yang mahu dilindungi atau musuh yang mahu dihalang

 

Perkara yang perlu anda pertimbangkan

 

Di mana anda sepatutnya memasang Energiser

Jika anda merancang memasang dan mendapatkan bekalan kuasa dari bekalan dari premis atau rumah AC (240V), ia mestilah diletakan di dalam bangunan yang selamat, bebas dari gangguan cuaca seperti hujan serta berhampiran dengan punca bekalan. 

 

Ada energiser yang boleh tahan cuaca, datang dengan klip seperti Patriot P5, P10, P20, P30 yang boleh dipasang terus pada wayar elektrik.

 

Jika ada gunakan Patriot SolarGuard 50 atau PS15, dipasang di tengah-tengah bahagian pagar, boleh mendapatkan kesan optima. 

 

Walau bagaimanapun untuk mengetahui cara pemasangan yang lebih tepat, sila rujuk manual sebelum memasang. Setiap produk, cadangan yang diberikan oleh pengeluar mungkin berbeza. 

Secara umum, semua pengeluar mencadangkan, energiser mestilah dipasang ditempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak dan diganggu oleh binatang. 

 

Bolehkan anda menggunakan lebih dari satu (1) Energiser

Anda boleh menggunakan lebih dari satu energiser tetapi ianya mestilah dalam sistem pagar yang berbeza. 

 

5 Jenis Energiser popular di pasaran

 

Patriot (New Zealand)

Pilihan No. #1 di Malaysia

Terdapat banyak jenis kategori energiser yang dipercayai kerana ketahan dan prestasi dalam pagar elektrik. Memberikan pulangan yang sangat berbaloi.  

 

Reka bentuk untuk memastikan haiwan ternakan anda selamat dalam kandang atau kebun anda selamat dari serangan binatang liar seperti babi hutan, gajah, monyet dan lain-lain. 

 

Anda tak perlu lagi risau tentang keselamatan kebun atau haiwan ternakan, bila sudah pilih dan pasang Energiser Patriot.

 

Antara model Patriot yang popular ialah P10, P20, P30

 

PEL (New Zealand)

 

 

PEL dihasilkan dari kajian dan pembangunan berterusan berdekad lamanya. Dengan teknologi yang unik, menjadikan ia sebagai salah satu peneraju Energiser dalam pasaran.  

 

Antara model Patriot yang popular ialah PEL 401

Jika anda memerlukan Energiser yang mempunyai spesifikasi khusus, sila hubungi kami www.wasap.my/+60133331801 (Nazri)

 

STAFIX (New Zealand)

Simbol kekuatan dan kuasa. Telah berdekad ada dipasaran dan melalui proses penyelidikan dan pembangunan berterusan. Memiliki teknologi yang unik, menjadikan STAFIX sebagai pilihan dalam pasaran.

 

Maxson (China)

Teknologi dan komponen buatan China dan dipasang di Malaysia. Harga Energiser dalam kategori ekonomi lebih rendah banding dengan jenama lain-lain. 

 

ZAPPER (Bangladesh)

Jenama dan teknologi buatan Bangladesh. Sebagai pilihan kepada pasaran Energiser

 

Untuk mendapatkan Energiser atau pasang set lengkap, sila www.wasap.my/+60133331801 (Nazri)

Mohon Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× Whatsapp Kami