Bintang Baru: Pagar Cyclone Balora

Rekabentuk dan Spesifikasi

Rekabentuk dan spesifikasinya mengikut kesesuaian cuaca dan pengunaan praktikal berdasarkan pengalaman pekebun dan penternak di Malaysia.

 

2 Jenis Variasi Pagar Cyclone Balora

2 jenis variasi pagar dengan ketinggaian 4 dan 5 kaki iaitu:

⭕ Silver Pro (Fixed Knot)
⭕ Silver (Hinged Joint)

Cyclone 4 kaki tinggi dibina dengan 10 dawai melintang dan cyclone 5 kaki tinggi ada 12 dawai melintang.

Pagar ini akan mula masuk pasaran pada awal bulan September 2021. Cylone Balora; Melindungi Setiap Titik Peluh Anda.

 

Cara Kenali Pagar Cyclone

Mudah, anda akan tahu pasal pagar cyclone dengan memahami maklumat utama pada label.

Lihat, apa maksud 10 | 120 | 15?

Ia menceritakan tentang rekebentuk. Pagar cyclone ini dibuat dari 10 (dawai melintang), 120 (tinggi 4 kaki ) dan 15 (15cm saiz kotak), iaitu jarak antara dawai menegak.
Maklumat lain yang sangat penting ialah, jenis simpulan Fixed Knot atau Hinged Joint? Ia juga boleh dilihat pada label (contoh disebelah kiri atas). Panjang juga dinyatakan pada label (50 meter).

 

3 Jenis Dawai Disulam

Pagar cyclone dibuat dari 100% dawai besi. Ada 3 jenis atau ketegori dawai:

 

⭕ Dawai Melintang
⭕ Dawai Menegak
⭕ Dawai Simpulan

 

Setiap dawai ada tugasan masing-masing. Oleh itu, sifat keluli, saiz dawai, kekutan dan ketahanan direkabentuk mengikut keperluan dan penggunaan pagar.

 

Cylone yang baik direkabentuk sesuai dengan kualiti yang diperlukan oleh penternak dan pekebun.

 

Proses Sulaman Sedang Dijalankan

Mohon Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× Whatsapp Kami