Nak Cyclone China atau Australia?

Soalan yang paling popular, sebelum membeli pagar cyclone ialah nak pilih Cyclone China atau Australia? 

 

Soalan ini sangat penting kerana ia menentukan kualiti pagar dan bajet anda. Sebagai pengguna, ada wajib tahu kualiti cyclone yang anda beli kerana ia melibatkan:

 

  1. Kekuatan (tahan dari tekanan atau rempuhan haiwan)
  2. Ketahanan (berapa lama tahan selepas dipasang)
  3. Tahan karat (berkait rapat dengan kekuatan & ketahanan)
  4. Kesesuaian penggunaan pagar

 

Ada yang akan terlintas, cyclone Australia lebih baik dari cyclone China.  30 puluh tahun dahulu, produk keluaran China selalu dikaitkan dengan kualiti rendah, tetapi sekarang ia tidak benar. Hampir semua produk dan jenama antarabangsa ada kilang atau pengeluaran di China. 

 

Sebutlah jenama apapun , contoh;  Mercedes dari industri kereta, Apple dari teknologi handphone & komputer, Nike dari industri kasut, Samsung, Toshiba, Panasonic dari industri elektronik dan banyak lagi. Mereka ada kilang atau pengeluaran di China. 

 

Ini membuktikan, negara pengeluar  bukanlah menentukan kualiti produk atau barang. Yang menentukan kualiti adalah spesifikasinya. 

 

Hinged Joint, 4 kaki tinggi, 50 meter panjang, pagar kebun untuk pelanggan di Negeri Sembilan

 

Tips pilih cyclone

Secara ringkas, cyclone yang berkualiti mestilah kuat, tahan tekanan atau rempuhan, tahan lama, dan tahan karat. Lihat 3 ciri utama sebelum membeli pagar cyclone.
 

Sifat Dawai

Pagar cyclone secara asasnya dibuat sepenuhnya dari fabrikasi dawai. Oleh itu sangat penting untuk kita mengetahui sifat-sifat dawai yang membina cyclone. 

 

Di pasaran, terdapat beberapa saiz diameter dawai yang digunakan. Antara saiz tersebut adalah berketebalan; 2.2mm, 2.5mm dan 2.8mm diameter.

 

Mudah untuk anda memeriksa saiz dawai ini. Anda boleh lihat dan rasa ketebalan dawai ini secara fizikal. Untuk lebih tepat ada boleh gunakan alat pengukur ketebalan dawai yang ada di pasaran.

 

Selain dari itu, kualiti dawai banyak bergantung kepada tensile strength dan proses galvanized. 

 

Rekabentuk Cyclone

Biasanya ini boleh dilihat pada label produk. Deskripsi memberi tahu kita reke bentuk fizikal pagar. Ini ada contoh maklumat yang anda boleh semak, ditulis mengikut standard industri. 

 

Contoh;

12 | 120 | 30 

Ada 12 dawai melintang, 120 cm (4 kaki) tinggi dan 30 cm jarak antara dawai menegak

 

15 | 155 | 30

Ada 15 dawai melintang, 150 cm (5 kaki) tinggi dan 30 cm jarak antara dawai menegak

 

20 | 240 | 15

Ada 20 dawai melintang, 240 cm (5 kaki) tinggi dan 15 cm jarak antara dawai menegak

 

Angka di atas memberi gambaran reka bentuk fizikal yang berkait rapat dengan kekuatan dan kesesuaian kegunaan pagar. 

 

Jumlah dawai melintang dan menegak akan menentukan saiz bukaan kotak dan  perlu disesuaikan dengan penggunaan cyclone anda. 

 

Faktor lain yang sangat penting dalam reka bentuk pagar cyclone ialah jenis simpulan atau sambungan yang membentuk pagar cyclone. Terdapat 3 jenis simpulan pagar cyclone dalam pasaran:

 

  • Hinged Joint
  • Fixed Knot
  • Square Knot

 

 

Jenis Kegunaan 

Secara ringkas, kegunaan pagar cyclone boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

 

  • Pagar Kandang Haiwan Ternakan
  • Pagar Sempadan (pagar kebun)

 

Inilah perkara pertama yang anda perlu tahu sebelum membeli pagar. Adakah anda membeli untuk pasang di kandang atau di kebun. 

 

Secara mudah, boleh dikatakan, pagar untuk kandang perlu lebih kuat dan kukuh berbanding dengan pagar kebun. Secara teorinya, tekanan binatang dari dalam kandang mahu keluar adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan binatang dari luar mahu masuk kebun. 

 

Jadi, perkara pertama jika anda mahu membeli pagar untuk kandang, pastikan anda pilih jenis simpulan Fixed Knot. Jenis simpulan ini umpama simpulan mati dimana, sambungan tidak akan tergelincir atau terlepas seperti sambungan Hinged Joint. 

 

Selain itu, ketinggian kenalah bersesuaian dengan haiwan ternakan. Contohnya, untuk Rusa, sangatlah disyorkan pagar cyclone Fixed Knot dengan ketinggian 8 kaki. Selain kekuatan simpulan Fixed Knot, ketinggian 8 kaki boleh menghalang rusa dari melompat keluar. 

 

Untuk pagar sempadan atau kebun, and boleh menggunakan cyclone simpulan jenis Hinged Joint. Walau bagaimana pun, jika anda mahukan kekuatan tambahan, contoh kawasan ancaman tinggi dari babi hutan, simpulan jenis Fixed Knot lebih digalakan.

Hinged Joint, 8 gulung untuk kebun kelapa sawit tanam semula di Jengka 7, Pahang.

Mohon Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× Whatsapp Kami