Kesian…kita bersimpati dengan musibah kepada pekebun seperti En. Rosli Basri. Sebanyak 33 pokok kelapa jenis Tacunan musnah dalam satu malam. Nasib baik 300 pokok duriannya tidak disentuh. Lihat laporan Sinar Harian
Soala pertama adakah pagar elektrik dipasang dengan peralatan & perkakasan yang betul? Apakah solar panel, energiser, insulator, wayer, dawai bumi di pilih ikut kesesuaian tapak & potensi musuh?
Bagaimana pula dgn penjagaan. Adakah, anda menten dgn baik. Tahukah sebab utama kenapa pagar elektrik gagal berfungsi.
Tak ramai yang ada pengalaman buat pagar elektrik untuk halang gajah dengan berjaya. Selalunya yang kita dengar adalah Gajah masih lolos masuk dan merosakkan tanaman walaupun jabatan pertanian menggunakan Energizer saiz 4-12 Joule.
Berbanding dengan En Zaba dari Lenggong Grik Perak, beliau berjaya memasang pagar elektrik yang dapat menghalang Gajah (atau orang Kuat mengikut panggilan En Zaba) dengan hanya mengunakan Energizer bersaiz 1 Joule.
Testimoni En. Zaba dari Lenggong, Perak
Buktinya adalah, kebun beliau tidak lagi dimasuki oleh orang KUAT setelah pemasangan dibuat.
Walaubagaimanapun, pada bulan Sept, beliau dimaklumkan oleh perkerja, seekor orang kuat telah berjaya masuk dengan cara menumbangkan sebatang pokok berhampiran dengan pagar dan menghempap pagar.
Hanya seekor yang berani masuk dengan pijak batang pokok yang telah ditumbangkan. Orang kuat lain tak berani masuk sebab tahu ada pagar elektrik.
Sayangnya kebun jiran yang menggunakan energizer cap X, musnah teruk sebab satu pasukan bola masuk berkampung. Dah jadi macam kuala Gandah, boleh buat tempat pelancungan.
Melalui pengalaman En Zaba, orang kuat akan gunakan laluan yang sama setiap 3-6 bulan, bagi mengelakkan peristiwa yang sama berlaku, beliau sudah tebang pokok yang berhampiran pagar supaya orang kuat tak boleh tumbangkan pokok lagi.
Tahniah En Zaba.
Pagar zink En. Rosli Basri pecah angkara gajah liar
Apa yang boleh dipelajari daripada pengalaman En Zaba ?
i. Pasang pagar elektrik dapat mengelakkan gajah ceroboh kebun
ii. Gunakan Energizer yang telah terbukti berkesan, jangan gunakan cap X
iii. Tebang pokok dekat dengan sempadan kebun sebab gajah ni bijak dan gunakan otak.
iv. Maintenance kena buat, pokok yang panjat pagar elektrik kena buang supaya tidak berlaku kebocoran elektrik
v. VOLT yang menghasilkan renjatan bukan JOULE, dapatkan maklumat yang betul macam En Zaba
Nak tanya lebih lanjut, boleh www.wasap.my/+60133331801/Z-PagarElektri (Nazri)
Nak baca dulu, sila lawat: www.pagarelektrik.com.my
Nak beli terus dionline: Kedai Shopee