Renjatan elektrik boleh menyebabkan kecederaan parah atau membawa maut.
Kejadian seperti ini menyebabkan ramai yang takut atau ragu-ragu nak pasang pagar elektrik di kebun mereka.
Soalannya, betul ke pagar elektrik membahaya sehingga boleh membunuh? Secara mudah, boleh dikatakan, arus elektrik dalam sistem pagar elektrik tidak sama dengan sistem bekalan elektrik di rumah atau di premis.
Apa yang menyebabkan renjatan dan macam mana kita nak tahu kekuatan renjatan. Sebagai perbandingan, lihat seperti berikut: –
- Elektrik di rumah: 240V, 13A
- Pagar elektrik kebun: 240/12V, 90mA (Contoh; Energiser Patriot P10)
Lihat pada perbezaan; kuasa pada pagar elektrik adalah sangat kecil berbanding dengan kuasa elektrik rumah. Kuasa elektrik dan arus elektrik yang kecil inilah cuma boleh meranjat dalam masa yang pendek kepada haiwan, tidak boleh menyebabkan kematian.
Walau bagaimana pun, risiko tetap ada, contohnya, jika haiwan terbelit di pagar dalam masa yang lama, kemungkinan kematian juga boleh berlaku.
Dalam sistem pagar elektrik, perkakasan yang paling penting diberi perhatian ialah energiser atau ibu karan kerana inilah alat yang mengawal jumlah arus elektrik mengalir melalui dawai pagar elektrik anda. Banyak pilih dan model energiser dalam pasaran.
Selain dari memahami jumlah arus yang mengalir, kena pastikan enegrgizer anda boleh berfungsi dengan baik sepanjang masa. Pilihlah jenama dan teknologi yang sudah dikenali dalam pasaran dan terbukti selamat digunakan. Cara mudah, anda boleh mendapatkan set lengkap pagar elektrik.
Maklumat tambahan boleh lawat www.pagarelektrik.com.my atau
www.wasap.my/+60133331801 (Nazri)
www.wasap.my/+60133331801 (Nazri)