Memasang pagar elektrik sangat mudah. Anda boleh melakukannya.
Walau bagai manapun ada yang mengatakan pagar elektrik tidak berkesan menghalang haiwan penceroboh. Dalam masa sama, ramai yang berjaya melindungi kebun mereka dengan pagar elektrik secara berkesan.
Pagar elektrik yang dipasang dengan betul boleh menghalang binatang bersaiz kecil atau besar, dari rempuhan atau memanjat.
Secara ringkasnya, pagar elektrik akan berfungsi dengan berkesan jika anda tidak melakukan kesalahan dalam memasang pagar tersebut.
Kebun nangka di Muadzam Shah, diserang gajah liar. Kerugian dianggar mencecah sehingga RM 3.5 juta
6 Sebab kenapa pagar elektrik gagal berfungsi kerana: –
- Ada wayar pagar bersentuhan dengan tanah
- Ada kebocoran arus elektrik kerana wayar bersentuhan dengan benda lain contoh ranting pokok dll
- Wayar hidup (+ve) terkena terus kepada tiang tanpa penebat
- Wayar bumi ditanam ditempat tidak betul
- Menyambung wayar hidup (+ve) kepada pagar duri dsb
- Kapasiti Energiser tidak mencukupi; mengikut keluasan kebun atau jenis haiwan penceroboh
Kesalahan ketara ialah salah memilih ibu karan atau energiser. Ada dua perkara asas yang perlu diberi perhatian.
Pertama ialah kuasa (output power), berbanding dengan keluasan tanah kebun yang mahu di pagar. Contoh dengan energiser berkuasa (output power) 1.0 joule, dicadangkan untuk kebun bersaiz 4 ekar atau kurang.
Kedua ialah jumlah arus elektrik (volt) dalam wayar pagar. Sila perhatikan pastikan jumlah arus elektrik mengikut haiwan yang anda mahu halang seperti di bawah: –
Lembu/Kerbau 2000 – 5000 volt
Kambing/Biri-biri 4000 – 5000 volt
Kuda 2000 – 3000 volt
Rusa 3000 – 5000 volt
Angkara musuh kebun pisang antaranya gajah liar dan spesis monyet
Mudah, mulakan dengan mengetahui komponen lengkap dalam sistem pagar elektrik.
Secara ringkasnya anda perlu ada komponen seperti berikut: –
- Solar panel
- Bateri
- Energiser/Ibu Karan
- Wayar
- Aksesori.