Sudah jadi kelaziman bila orang menyebut pagar cyclone, orang kaitkan pagar buatan Australia. Ini sudah sinomim macam bila org menyebut Colgate bila nak beli ubat gigi.
Kenapa ini berlaku? Jawapan mudah, kerana pagar cyclone buatan Australia sudah hampir 20 tahun berada di pasaran. Inilah pagar cyclone pertama di Malaysia.
Terdapat dua model pagar Cyclone Australia yang sangat popuar di Malaysia; iaitu Griplock dan Fastlock
Kini sudah ada produk cyclone buatan New Zealand, USA, UK, China dan Malaysia. Walau bagaimanapun sebahagian besarnya tidak dibawa masuk ke Malaysia.
Hampir semua pagar cyclone sesuai dengan cuaca tropikal di Malaysia yang panas dan kadar hujan yang tinggi berciri seperti tahan karat
Terdapat beberapa model pagar cyclone dalam pasaran secara umumnya mengikut saiz dawai antara 2.0mm – 2.50mm dan tinggi 4′, 5′, 6′ dan 8′.
Pilihlah pagar cyclone yang terbaik untuk menjamin keselamatan kebun anda.