Bagaimana Pagar Elektrik Berfungsi

Ibu karan atau energiser menukarkan kuasa bateri kepada renjatan. Tenaga yang dilepaskan melalui wayar elektrik pada setiap masa biasanya dalam tempoh yang sangat pendek, lebih kurang 150 microsecond. 

 

Renjatan ini akan dirasa oleh haiwan bila menyentuh pagar elektrik. Bila haiwan menyentuh pagar elektrik, aliran arus elektrik berlaku (haiwan menjadi media aliran elektrik) dan berlakulah renjatan. 

 

Lakaran dibawah menunjukan aliran arus elektrik mengalir haiwan apabila menyentuh pagar elektrik. 

 

Renjatan elektrik akan menakutkan haiwan dari meranduk atau menyentuh pagar elektrik

 

 

Pagar elektrik berfungsi sebagai halangan psikologi kepada haiwan. Haiwan yang sudah terkena renjatan elektrik akan takut atau serik untuk menyentuh atau melanggar pagar elektrik yang dipasang ia tidak seperti barb wire yang boleh mencederakan haiwan. 

 

Kenapa pilih pagar elektrik?

 

Jimat (Kos Rendah)

Pagar elektrik tidak gunakan peralatan, perkakasan dan buruh untuk pasang yang banyak 

branding dengan pagar-pagar lain

 

Mudah dipasang

Sedikit perkakasan dan ringan

 

Jangka hayat yang panjang

Kerana kurangnya tekanan fizikal

 

Pelbagai guna

Boleh menghalang pelbagai jenis haiwan untuk dibuat kandang atau sebagai pagar untuk menghalang haiwan mush seperti babi hutan, monyet, kera, gajah dan sebagainya

 

Menambah baik pagar sedia ada (Hybrid)

Dengan menambah 2 atau 3 jalur pagar elektrik diatas pagar biasa contohnya pagar cyclone. Teknik ini melindungi kebun anda secara optima dari serangan haiwan meranduk seperti babi hutan dan haiwan memanjat seperti monyet, kera dan sebagainya

 

Teknik pemasangan hybrid 3 lapisan wayar elektrik di atas pagar cyclone, untuk kebun durian – kredit Hybrid Nursery

 

Mudah menyelenggara

Kerosakan disebabkan oleh haiwan jarang berlaku

 

Tidak membunuh atau mencederakan haiwan

Renjatan elektrik tidak membunuh atau mencederkan cuma menakutkan haiwan dari menceroboh masuk.  

 

Plan nak pasang pagar elektrik dan perlu bantuan? Sila 

www.wasap.my/+60133331801 (Nazri)

www.wasap.my/+60133331801 (Nazri)

 

Nak dapatkan terus di online, sila lihat kedai shopee:

https://shopee.com.my/Set-Lengkap-pagar-elektrik-1-15-ekar-(Patriot-P10)-i.391955861.6685258571

 

Mohon Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× Whatsapp Kami