Semua projek kebun yang baik perlu dimulakan dengan perancangan dan kerja awalan serta persediaan.
Bagi yang baru mahu memulakan kebun, kerja perlu dimulakan dari memilih lokasi tapak, membersihkan tapak, menyediakan kemudahan asas, sistem para, sistem paip, sistem baja dll.
Bagi telah berkebun dan mahu meneruskan musim seterunya, kerja menjadi lebih mudah. Kerana kerja awalan boleh dimulakan dengan kerja pembersihan sisa-sisa kebun lama sahaja.
Selain dari kerja pembersihan, perlu beri perhatian kepada para, dan seluruh sistem kebun termasuk sistem bekalan air dan baja seperti tong poli, paip poli dan selenoid dll.
Jika ada sistem yang kurang produktif atau rosak inilah masa terbaik untuk tambah baik atau diganti.
Kebun En Mohd Sukeri, Kg Gol, Tembeling Tengah, Pahang. Kerja pembersihan kebun musim ke 4, sebagai persediaan projek musim ke 5
Sistem Para
Para mestilah kuat dan tahan untuk membawa bebanan. Perlu diambil perhatian, pada tahap berat maksimun, setiap bag poli berat boleh mencecah belasan kilo. Berat timun sahaja boleh mencecah sehingga 10 kilo setiap bag poli.
Kena pastikan tali dan dawai dalam sistem para dalam keadaan baik, kuat dan tahan.
Tali rafia digunakan sebagai tali pengantung kepada poli bag
Sistem Paip
Sistem paip poli popular digunakan oleh petani. Tugasan awal antaranya ialah mengenal pasti saiz tangki dan saiz paip bekalan ke pokok.
Tangki poli bersaiz 60 gallon
Tangki poli, paip poli bekalan dan selenoid antara perkakasan asas dalam sistem paip fertigasi. Saiz tangki poli yang popular digunakan bersaiz 60 gallon dengan ketinggian 4’ atau 6”. Saiz paip yang biasa digunakan antara 16mm-32mm diameter.
Pemilihan saiz ini bergantung kepada saiz kebun dan bilangan poli bag anda. Selain dari itu, pilihlah pen dripper yang sesuai.
Sistem paip ini akan digunakan untuk tujuan penyiraman dan pembajaan.
Sistem Membaja
Alat asas untuk membantu proses membaja. Ia boleh membantu anda membancuh baja dengan sempurna bagi memastikan pokok timun anda mendapat nutrien yang mencukupi.
Nutrien sangat penting untuk memastikan pokok timun anda membesar dengan sihat dan seterusnya menghasil kan buah yang bersaiz dan kuantiti yang maksima. Baja AB antara baja yang popular digunakan dalam pasaran.
Pokok akan berjaya menyerap semua unsur nutrien paling cekap bila PH media atau tanah kita maintain antara 6.5 +- 0.2
Pokok makan baja hari-hari. Jadi kita pun kena jaga PH media setiap masa. Macamana nak jaga PH media hari-hari? Caranya ialah masukkan mikrob hari-hari. Tak mahal ker pakai mikrob hari-hari?
Caranya, kita dapatkan mikrob yang original yang murah tak masuk akal..dan boleh dibiakkan dari asalnya 1 liter jadi 20 liter ker 40 liter, jadi hari-hari boleh pakai dengan kos yang rendah.
Proses penyediaan poli bag, memasukan sabut dan penanaman biji benih akan di sambung dalam siri seterusnya.
Kredit: En Mohd Sukeri, Kg Gol Tembeling Tengah, Pahang