Kombinasi Pagar Cyclone & Elektrik Perlindungan Terbaik Kebun Anda

Pelaburan ribuan ringgit memulakan atau menyelenggara kebun boleh menjadi sia-sia jika kebun anda tidak dilindungi dari serangan musuh.

 

Banyak jenis haiwan menjadi musuh kebun. Secara umumnya musuh utama pekebun bergantung kepada jenis tanaman dan lokasi kebun. 

Bagi kebun  pisang dan durian contohnya, mereka tahu musuh utama yang sering menyerang ialah babi hutan dan spesis monyet. 

Dua perkara asas yang perlu ditangani. Pertama, kekuatan rempuhan haiwan musuh untuk menceroboh kebun dan yang kedua, keboleh haiwan tersebut memanjat,  melepasi halangan untuk masuk ke kebun. 

Pagar yang kuat dan tahan keperluan asas yang sangat penting bila memasang pagar kebun. Di pasaran, pagar yang terkenal kerana ciri tersebut ialah pagar cyclone

 

Terdapat pelbagai jenis pagar cyclone di pasaran. Secara ringkasnya, boleh dikategorikan mengikut jenis ikatan seperti fixed knot, square knot dan hinged knot. Setiap ikatan mempunyai ciri tersendiri. 

Sehingga hari ini, teknik ikatan yang paling kuat dan tahan ialah fixed knot untuk pagar cyclone Griplock.  

Selain dari itu, pagar yang semakin meningkat popular ialah dari jenis ikatan square knot untuk pagar cyclone Fastlock.

Pagar cyclone Griplock atau Fastlock sudah mencukupi untuk melindungi kebun anda dari babi hutan, lembu, kambing dsb tetapi belum selamat dari serangan haiwan spesis monyet. 

Kebolehan mereka memanjat mesti dihalang. Cara yang paling praktikal ialah dengan memasang 2 atau 3 jalur wayar pagar elektrik di bahagian atas pagar cyclone.  

Kombinasi Pagar Cyclone Griplock (Australia) dengan Pagar Elektrik – Kredit Hybrid Nursery

 

Ada pekebun yang mengadu, walaupun kebun mereka sudah dipasang pagar elektrik, monyet masih boleh masuk dan merosakkan kebun mereka. 

Ini bukan kerana kegagalan sistem pagar elektrik tetapi ada beberapa perkara yang mungkin anda terlepas pandang semasa memasang pagar elektrik atau terdapat beberapa kesalahan memasang. 

Contoh, pilihah saiz energiser yang betul ikut keluasan kebun anda. Secara umumnya lebih besar kebun anda, lebih besar Joule energizer yang anda perlu.

Ada beberapa perkara lagi yang perlu diberi perhatian sebelum memasang pagar elektrik. Anda boleh dapatkan pengetahuan atau terus kepada mereka yang mahir dalam pagar elektrik.  

Mencegah lebih baik dari mengubati

Kombinasi dua jenis pagar ini insyaallah akan menjadi pelindung terbaik kepada kebun ada.

Mohon Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× Whatsapp Kami