Tegang berdenting…ini pemerhatian paling mudah untuk pastikan sama ada pagar cyclone anda dipasang dengan standard yang tinggi serta teknik yang betul. Pagar yang dipasang dengan betul akan tegang dan kemas.
Anda sanggup melabur ribuan ringgit untuk membeli pagar cyclone kerana kuat, kukuh, tahan karat dsb. Jadi, pastikan anda mendapatkan hasil yang optima setelah memasang pagar cyclone.
Selain dari kualiti pagar, teknik atau cara pemasangan pagar yang betul sangat penting. Ini akan menentukan anda mendapat pagar yang betul -betul kuat & kukuh untuk menjaga keselamatan kebun anda.
Ada beberapa langkah yang perlu anda ambil. Pertama anda perlukan pekerja atau installer mahir. Kedua, mereka perlu dibekalkan dengan perkakasan yang sesuai untuk kerja pemasangan pagar cyclone contohnya alat peregang wayar.
Pagar cyclone seperti Griplock atau Fastlock yang sangat kukuh dan kuat ini akan kurang berkesan jika anda tidak memasangnya dengan teknik yang betul.
Rancang dan hubungi pembekal atau installer anda terlebih dahulu. Kos pemasangan boleh berbeza ribuan ringgit kerana teknik yang berbeza.
Secara mudah, contoh; jarak antara tiang, jenis tiang, saiz tiang semuanya akan memberi perbezaan kepada kos keseluruahn pagar anda.
Buat pilhan terbaik untuk keselamatan kebun pisang, durian, sayur anda.