Membina pagar kadang rusa tak sama dengan kadang lembu, kambing, biri-biri, burung unta dsb.
Walaupun, saiz rusa tidaklah sebesar lembu atau kerbau, tetapi kekuatan rempuhan dan kebolehan melompat jauh lebih besar.
Oleh itu, langkah pertama anda sebagai pemilik rusa ialah memilih pagar yang paling kuat dengan ketinggian yang sesuai di pasaran.
Secara umumnya, pagar cyclone sudah terkenal dengan kekuatan dan ketahanan. Secara khususnya, kekuatan pagar cyclone ini bergantung kepada jenis dawai, saiz dan teknik ikatan binaan pagar tersebut.
Terdapat beberapa jenama pagar cyclone di pasaran. Seperti biasa, jenama berkait rapat dengan kualiti dan ketahan produk atau pagar.
Perkara yang lebih penting dalam memilih pagar selain jenama ialah dengan melihat kepada teknik ikatan binaan pagar tersebut.
Terdapat 3 teknik ikatan pagar cyclone di pasaran iaitu Fixed Knot, Square Knot dan Hinged Knot –
Untuk kadang rusa, pilihan terbaik adalah pagar cyclone dengan teknik ikatan Fixed Knot. Dalam banyak kes, kegagalan pagar adalah disebabkan kelemahan pada ikatan atau simpulan pagar.
Simpulan akan terbuka atau terputus bila ada rempuhan yang kuat oleh rusa tetapi dengan iktan Fixed Knot, insyAllah ini tidak akan berlaku.
Bahkan ada uji kaji, rempuhan dengan kenderaan 4WD juga tidak memutuskan pagar cyclone Fixed Knot .
Di Malaysia, pagar cyclone dengan teknik ikatan Fixed Knot sudah sinonim dengan pagar buatan Austraila, dengan jenama GRIPLOCK
Inilah pagar yang mempunyai reputasi yang paling tinggi kualiti dan ketahanan. Untuk kandang rusa, GRIPLOCK menyediakan pagar khusus dengan ketinggian 8’
Dengan ketinggian 8’ dan ikatan Fixed Knot, insyaAllah pagar cyclone griplock ini mampu melindungi rusa ternakan anda –