Pilih Pagar Cyclone atau Elektrik

Ada pelbagai teknik atau cara memilih pagar kebun. Secara ringkasnya, ia bergantung kepada jenis tanaman, potensi haiwan musuh, jenis bahan pagar, jenis dan saiz tiang, bentuk permukaan tahan, jenis tanah, dan banyak lagi.

Bermula dengan mengenal pasti jenis tanaman dan potensi haiwan yang akan menjadi musuh kebun anda. Kemudian lihat bentuk muka bumi kebun anda contohnya berbukit atau mendatar. Jenis tanah, seperti tanah gambut atau berbatu dan lain-lain lagi.

Contohnya, keperluan pagar untuk kebun pisang akan  berbeza dengan kebun durian kerana potensi serangan musuh jenis haiwan yang berbeza.

Pagar cyclone memang terkenal kerana kuat dan tahan menerima tekanan dari haiwan besar seperti babi hutan, lembu, kerbau dan sebagainya tetapi tidak dapat menghalang monyet dari memanjat dan masuki kebun anda.

Jika lokasi kebun anda berhampiran dengan hutan simpan atau hutan tebal kemungkinan besar musuh kebun anda adalah babi hutan dan monyet.

Dalam situasi seperti ini kombinasi pagar cyclone dan pagar elektrik adalah kaedah popular dan berkesan yang digunakan.

Teknik kombinasi pagar cyclone dan pagar elektrik. Kredit – Hybrid Nursery

Dengan kefahaman yang lengkap tentang keperluan kebun, barulah ada boleh merancang dan seterus seperti memilih jenis pagar, jenis tiang dan jarak antara tiang, dan lain-lain lagi.

Semua ini akan menentukan jumlah pelaburan keatas pagar anda. Secara umumnya kos pagar terdiri dari beberapa komponen utama seperti: –

  1. Pagar
  2. Tiang pagar
  3. Aksoseri
  4. Upah pasang

Dipasaran, anda boleh beli komponen di atas secara berasingan dan memasang sendiri. Ada juga perkhidmatan membekal dan memasang ditawarkan dipasaran.

Perlaburan memasang pagar agak besar dalam membangunkan sebuah kebun. Untuk memastikan wang yang anda keluarkan berbaloi, dapatkan maklumat lengkap dan bantuan dari pembekal yang berpengalaman dan mahir.

Selamat berkebun.

Mohon Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× Whatsapp Kami