Pisang, Tamanan Lumayan di FELDA

Potensi besar dari hasil tanam pisang! 

Ramai peneroka terlepas pandang dengan potensi hasil pendapatan dari tanah mereka semasa proses tanam semula berjalan.

Kebanyakan peneroka memiliki luas kebun 10 – 12 ekar ladang kelapa sawit atau getah. Setiap 20 – 25 tahun, ladang ini perlu ditanam semula. 

Bayangkan berapa batang pokok pisang yang boleh ditanam dan hasil yang boleh dipungut dari hasil pisang ditanam yang seluas itu. 

Dengan jarak tanaman 7’ – 8’ antara pokok, dalam 1 ekar anda boleh menanam anggaran sebanyak 650 pokok setiap ekar. 

Ini bererti, dengan keluasan tanah 10 ekar anda boleh menanam 6,500 pokok pisang. Dengan anggaran 1 pokok boleh menghasilkan 15 kilo/tandan/pokok

Jumlah penghasilan; 6,500 pokok x 15 kilo/pokok = 97,500 kilo. Dengan anggaran harga RM2.50/kilo, jumlah hasil boleh mencecah sebanyak RM234,750.00

Peneroka Jengka 7,  bersama pagar cyclone 4′ yang akan digunakan di kebun sawit semasa proses tanam semula dijalankan

 

Sangat lumayan….ya sungguh lumayan. 

Pekebun dan petani faham benar kaitan antara kiraan di atas kertas dengan realiti. Secara praktikalnya peghasil seperti itu sukar dicapai. 

Walau bagaimana pun, jika pencapaian 50% sahaja dari kiraan asas atau pendapatan sebanyak RM121,875.00 sudah boleh dikira sangat baik untuk peneroka sementara pokok kelapa sawit tidak memgeluarkan hasil. 

Terdapat beberapa halangan untuk menjayakan projek seperti ini. Antaranya ialah tenaga kerja. Terdapat kekangan mendapat tenaga buruh di rancangan FELDA tambahan pula dengan  usia penerok yang berumur untuk menjayakan projek yang sebesar ini. 

25 gulung pagar cyclone 4′ untuk projek tanam semula kebun sawit seluas 10 ekar

 

Selain dari itu, terdapat juga kekangan modal. Antaranya perlaburan yang perlu dibuat termasuklah menyediakan pagar, membeli anak pokok, kerja menanam, membaja dan lain-lain. 

Halangan lain ialah pengalaman dan pengetahuan dalam berkebun. Ini akan menentukan, samada anda boleh  mendapatkan hasil yang optima atau sebaliknya

Kepada mereka yang mempunyai pengalaman dan modal, rebut peluang ini. Hasil lumyan menunggu.

Mohon Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× Whatsapp Kami