Set Lengkap Pagar Elektrik

Memasang pagar untuk keselamatan kebun adalah tindak bijak. Ini boleh mengelakan kerugian besar jika kebun anda diserang musuh. Kemusnahan boleh mencapai ribuan atau jutaan ringgit jika kebun diserang musuh seperti gajah, babi hutan, spesis monyet dan lain-lain.

Pagar elektrik adalah antara pilihan terbaik. Ramai pengguna berpendapat, pagar elektrik sebagai penyelesai masalah mereka.

 

Testimoni

 

1500 pokok musnah dalam 1 malam sahaja. Dengan pagar elektrik, kebun selamat.

 

 

450 pokok musnah dalam 1 kali serangan. Sekarang, tidak ada masalah

 

Nak pasang sendiri?  Mudah… anda hanya perlu sedikit pengetahuan tentang elektrik dan komponen yang ada dalam set pagar elektrik. 

 

Set Lengkap Pagar Elektrik

Terdapat 6 komponen utama dalam set lengkap pagar elektrik. Komponen tersebut adalah : – 

  1. Solar Panel
  2. Solar Controller
  3. Bateri
  4. Energiser/Ibu Karan
  5. Wayar
  6. Aksesori

 

Set Pagar Lengkap Elektrik – Patriot

 

Solar Panel 

Untuk menyerap cahaya matahari dan menukarkan kepada tenaga elektrik untuk disimpan di dalam bateri.

Terdapat pelbagai saiz dan spesifikasi mengikut kegunaan. Antara kunci utama yang anda kena perhatikan ialah kapasiti kuasa solar panel tersebut. 

Di dalam pasaran, terdapat kapasiti bersaiz di antara 20W – 100W untuk kapasiti keluasan kebun antara 2 – 40 ekar. 

 

Solar Controller

Untuk mengawal jumlah tenaga atau kuasa elektrik masuk kedalam sistem pagar elektrik. Tenaga yang diserap dari cahaya matahari dikawal masuk ke dalam bateri atau dialirkan ke dalam sistem pagar melalui wayar. 

Saiz atau kapasiti controller ini bergantung juga kepada komponen lain seperti solar panel, bateri dan energiser/ibu karan. 

 

Bateri

Sel bateri kering sama seperti bateri kereta atau motor anda. Fungsi utamanya menyimpan tenaga untuk sistem pagar elektrik.

Didalam keadaan, tidak terdapat cahaya matahari seperti di waktu malam, bateri ini akan membekalkan kuasa untuk tenaga elektrik masuk ke dalam sistem pagar.

Saiz atau kapasiti bateri ini bergantung juga kepada komponen lain seperti solar panel, bateri dan energiser/ibu karan. 

 

Energiser/Ibu Karan

Komponen ini sangat penting diberi perhatian. Ini adalah punca utama kenapa sistem pagar elektrik anda gagal. 

Fungsi utama enegriser atau ibu karan ini ialah mengambil tenaga elektrik dari sumber bekalan (sama ada bekalan elektrik 110V atau dari kuasa bateri) dan menghantar tenaga elektrik melalui wayar pagar (+ positif) dengan segera, dengan voltan dan arus yang tinggi. 

Wayar bumi (- negatif) menyerap lebihan arus dan kembali kepada energiser. Sistem inilah yang akan menghasil kan renjatan elektrik kepada haiwan bila menyentuh pagar elektrik anda. 

Kunci utama semasa memilih energiser ialah kapasiti energiser yang diukur dalam unit Joule. Terdapat banyak jenama dan saiz dalam pasaran. Bermula dari 0.5 Joule hingga ke 12 Joule, untuk saiz kebun anda diantara 2 – 100 ekar. 

Di antara jenama yang terdapat dipasaran ialah: – 

  1. Patriot  – Premium kualiti, buatan New Zealand
  2. PEL – Premium kualiti & berkuasa tinggi, buatan New Zealand
  3. Zapper – Teknologi Sweden, buatan Bangladesh
  4. Maxson 

Set Lengkap Pagar Elektrik – PEL

 

Wayar

Secara ringkas terdapat tiga (3) kategori wayar yang anda boleh gunakan dalam pasaran iaitu: – 

Jenis wayar ini dipasang mengikut keperluan kebun dan bajet anda. 

 

Aksesori Pagar Elektrik

Boleh membantu anda memasang pagar anda secara berkesan bagi mendapatkan hasil yang optimum. Antara aksesori yang penting ialah insulator. Banyak lagi dan anda boleh memilih menggunakan aksesori standard atau menggunakan mengikut kaedah pemasangan anda. 

Kualiti penggunaan aksoseri boleh menentukan kualiti pemasangan pagar elektrik anda. Lebih berkuali cara anda pasang pagar anda, lebih berkesan pagar elektik anda akan berfungsi.

Mohon Kongsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× Whatsapp Kami