Bagaimana Menjana Pendapatan Semasa Kebun Ditanam Semula?
Apa benda terbaik yang anda boleh buat semasa proses tanam semua ladang kelapa sawit, getah dan kelapa anda? Sementara menunggu hasil keluar.
Tanah yang luas, contohnya peneroka FELDA mempunyai keluasan ladang sehingga 10 ekar, boleh memberi pulangan lumayan jika ditanam dengan tanaman jangka pendek seperti pisang, nanas dsb.
Contohnya, mengusahakan tanaman pisang berpotensi besar menjana pendapatan lumayan. Ya, pisang boleh menjadi tanaman lumayan di FELDA.
Untuk mendapat hasil optimum, kebun pisang perlu ditanam berpandukan ilmu dan dilakukan dengan sistematik.
Mula dengan mendapatkan benih pisang yang terbaik, menaman dan menjaga seperti membaja mengikut keperluan pokok dsb, mencari pembeli yang betul untuk mendapat harga terbaik di pasaran dan lain-lain lagi.
Pagar Untuk Keselamatan Kebun Anda
Antara perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah keselamatan kebun. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak diambil kira, wang dan usaha yang anda buat untuk kebun akan jadi sia-sia. Tak berhasil.
Pagar elektrik mudah dipasang dan jimat – kredit Zaimi Salleh
Bayangkan, kebun ada boleh diserang musuh dari haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing. Boleh juga dari haiwan liar seperti babi hutan, monyet, kera dsb.
Oleh itu, mendirikan pagar adalah keperluan asas bila berkebun.
Pagar Sementara atau Jangka Pendek
Soalanya ialah pagar yang macam mana? Pagar apa yang paling sesuai untuk jangka pendek, pagar yang mana paling ekonomi dan berkesan?
Dari pengalaman penulis mengumpul maklum balas dari pekebun, mereka menyatakan pelbagai cara untuk memagar kebun. Antaranya amalan membaca ayat dari Surah Al-Kahfi atau memelihara anjing, pasang pagar barb wire dsb.
Bagi penulis, anda kena pilih dan tentukan cara apa dan yang paling berkesan. Antara faktor yang anda kena faham ialah potensi musuh kebun dan bajet anda.
Untuk pagar sementara, antara kaedah terbaik dan jimat ialah menggunakan zink di bahagian bawah dan wayar elektrik 2 atau 3 jalur di bahagian atas.
Saya letak 2 line letrik kat bhgn paling atas..bawah zink 3 kaki. Alhamdulillah selepas pasang pagar letrik ni langsung tiada gangguan monyet – Zaimi Salleh
Zink bertindak menghalang musuh seperti babi hutan, kambing, lembu dsb dan pagar elektrik menghalang haiwan spesis monyet dari memanjat.
Jika anda ada bajet tambahan, anda boleh gantikan zink dengan pagar cyclone. Zink mudah karat banding dengan cylone yang anti karat. Kombinasi ini pagar cyclone dan elektrik memberi perlindungan terbaik untuk kebun anda.
Selamat berkebun. Kami doakan semoga kebun ada selamat dari serangan musuh dan memberikan pulangan lumayan.